Monday, September 13, 2010

..........

Aku buat blog, tapi tak tawu pkai. HAHAHA

Wednesday, March 31, 2010

perkahwinan muda

Bagi saya, perkahwinan muda adalah satu aktiviti yang tidak sihat pada remaja zaman sekarang di singapura. Mereka berkahwin muda kerana mereka sudah terlanjur dan ingin menutup malu. Remaja sekarang juga ingin berkahwin muda kerana mereka ingin mengelakkan perzinahan. Bagi saya, mereka belum sedia untuk berkahwin kerana, fikiran mereka belum matang seperti seorang dewasa. Mereka juga belum tentu tahu bagaimana hendak melayan sang suami, memasak dan juga membuat kerja rumah. Jika pasangan suami isteri itu mempunyai anak, mereka belum tentu dapat menjaga anak mereka dengan betul. Menjaga anak adalah paling penting di rumahtangga, jika mereka tidak ada kesabaran untuk menjaga anak, anak mereka akan terbiar begitu sahaja.

Mengapa saya mencintai bahasa melayu

Saya mencintai bahasa melayu kerana, bahasa melayu ialah bahasa ibunda saya. Saya juga berasa bangga apabila saya berbual dalam bahasa melayu. Selalunya di rumah, saya akan bercakap dalam basasa melayu. Bagi saya, bahasa melayu adalah subject yang paling mudah di sekolah. Apabila saya mencintai subject itu, saya tidak akan pernah gagal. Selalunya, saya akan mendapat markah yang cemerlang. Jika seorang yang berbangsa melayu tidak dapat bercakap dan memahami bahasa melayu, dia akan berasa malu dan oarang orang melayu kita akan pandang rendah kepada kita. Bahasa melayu juga sangat penting kerana jika tiada bahasa melayu, dia tidak akan boleh menjadi guru melayu. Dan apabila kita melawat negara jiran, seperti Malaysia, kita akan berbual dengan mereka dengan bahasa melayu. Sebab itulah, bahasa melayu sangat penting bagi orang melayu.